Tuesday, September 08, 2009
rumah anak yatim bait al-amin parit
Salam Buat Semua Para Pelawat Ke Teratak Bait Al-Amin, Alhamdulillah Saya Memanjatkan Syukur Ke Hadrat Ilahi Masih Lagi Diberi Kekuatan Untuk Menitipkan Bicara Di Laman Teratak Ini.
Alhamdulillah...Kini Dengan Rasminya Bait Al-Amin Telah Mempunyai Website Sendiri Iaitu http://www.bait-alamin.com/
Para Pengunjung Juga Boleh Berkunjung Ke Teratak Dr.Hasanah di http://www.drhasanah.com/
Banyak Catatan Ilmu Yang Boleh Kita Perolehi Di Sana.
Saya Masih Lagi Dalam Proses Pembelajaran Untuk Mempelajari Bagi Membangunkan Website Tersebut.Maklumlah Saya Ni Bukan Orang IT...Pertolongan Dr. Hasanah Sangat-sangat Diperlukan.
"SELAMAT BERTANDANG KE WEBSITE BAIT AL-AMIN
http://www.bait-alamin.com
Tuesday, September 01, 2009
Ehya Ramadhan
Masihkah anda ingat akan program ehya Ramadhan di dataran MBI anjuran kerajaan Pakatan Rakyat tahun lalu?Program yang dirasmikan oleh Menteri Besar Perak, Dato Seri Ir Haji Nizar Jamaludin bermula pada 15 Ramadhan sehinggalah berakhirnya Ramadhan.Acara akan dimulakan dengan majlis berbuka puasa beramai-ramai, solat Maghrib, Isyak dan bertarawih secara berjemaah.Selepas selesai bersolat tarawih, majlis tazkirah pula menyusul yang disampaikan olehpenceramah-penceramah yang diundang khas dari seluruh pelusuk negara. Diantara penceramah yang hadir pada tahun lalu ialah Ustaz Nasaruddin Daud, Ustaz Halim Hassan, Ustaz Datuk Mohd Nor Mansor Al-Hafiz, Ustaz Kamal Ashaari, Ustaz Nor Azli Musa, Ustaz Dr Badrul Amin dan beberapa penceramah yang lain.Program ini berjaya menarik kehadiran ratusan penduduk Ipoh untuk bersolat berjemaah walaupun sekadar di bawah khemah dan berlantaikan papan dan tikar namun setiap malam para hadirin semakin ramai yang datang ke sini untuk berjemaah.Pihak penganjur juga menyediakan segala kemudahan untuk berwudhuk, tandas, juadah berbuka (moreh), dan sistem siaraya yang begitu baik. Daripada segi keselamatan pula, pasukan Unit Amal Pas Ipoh berjaya memastikan program ini berjalan dengan lancar.Rata-rata para jemaah yang datang amat berpuas hati dan menaruh harapan yang tinggi agar program ini dapat diadakan setiap tahun.Tetapi itu semua kini hanyalah tinggal kenangan. Segala-gala perancangan yang membawa masyarakat negeri Perak mendekati dan menghayati erti sebenar Ramadhan telah lenyap dengan rampasan kuasa yang zalim.Tahun ini tiada langsung kedengaran program yang seakan ehya Ramadhan dianjurkan kerajaan bn perak di mana-mana pun.Rakyat tidak disatukan lagi didalam program yang mengimarahkan bulan Ramadhan yang mulia ini. Tiada lagi usaha untuk mendekatkan rakyat dengan Maha Pencipta.Adakah anda tidak merasa bersalah kerana telah menghilangkan program ibadah daripada masyarakat Ipoh? Bersediakah anda untuk menjawab dihadapan Allah kenapa program agama dilenyapkan daripada masyarakat?Saya tinggalkan persoalan itu untuk renungan kita semua.Wallahu a'lam.
Dari sumber http//telokbakong.blogspot.com
Dari sumber http//telokbakong.blogspot.com
Monday, August 31, 2009
pengawas sekolah
Gambo ini adalah kenangan semasa menjadi pengawas sekolah tahun 1992.Rutin harian aku bersama Aman Bani,Kia dan Fatimah Zan menjage pintu pago, kalau ade yg datang lambat ambik name anto kat cikgu displin iaitu Cikgu Harun Takin.
Kia bekoje same dgn teman kat P.j, Aman Bani sekarang dah pangkat Koperal ade kat pangkalan udara subang (T.U.D.M) si Timah ZAn tak tau aper criternyer.
Ramai lagi kawan2 yg dah lame tak jumpe.Teman pun lame tak balik kg,kalau balik pun duk romah jer. pegi Teluk Bakong romah opah dgn Talang.Kat Talang ader romah mak sedare tinggal sorang jer mak sedare lain semue dah tak mandang.
Subscribe to:
Posts (Atom)